Friday 14 October 2011

Pengalaman Sebagai Mahasiswa Baru Di MI

Tahun 2011 merupakan tahun yang istimawa serta mencabar bagiku. Pada tahun inilah aku mulai menyambung pelajaranku di Indonesia setelah tamat persekolahan di Malaysia. Meskipun aku warganegara Indonesia, inilah kali pertama aku menetap di negara kelahiran untuk tempoh yang lama setelah lama merantau di Malaysia. Universitas yang menjadi pilhanku untuk melanjutkan pelajaranku di Indonesia adalah di Universitas Putra Indonesia "YPTK" Padang (UPI). Meskipun disini aku berjauhan dengan kedua orang tua serta ahli keluarga yang lain. Aku tetap bertekat untuk melanjutkan pelajaran disini kerana disinilah aku akan lebih mengenal diriku serta membentuk peribadi diriku dengan berdikari.

Jurusan yang menjadi pilihaku adalah Mabajemen Informatika (MI). Aku memilih jurusan MI kerana minatku sejak di bangku sekolah lagi adalah mahu mempelajari ilmu tentang komputer lebih-lebih lagi di dalam bidang pemograman. Setelah selesai menghantar borang permohonan. Aku di uji dengan ujian sebelum di terima masuk ke UPI. Dan Alhamdulillah aku lulus ujian tersebut. Sebelum memulai sesi perkuliahan,pihak UPI mengadakan training ESQ untuk mahasiswa yang telah lulus test pemilihan mahasiswa. Di training ESQ itu,kami mahasiswa diterapkan nilai-nilai kerjasama serta kebersamaan dalam menghadapi suka duka perkuliahan.

Selain itu juga, salah satu pengalaman aku sepanjang megikuti program tersebut adalah memotong rambut @ berambut pendek. hal ini kerana, sepanjang hidupku aku tidak pernah berambut pendek. Disanalah aku melihat betapa lucunya aku dengan rambut yang pendek.

Meskipun pergaulan antara aku dan teman-teman sekelasku dibezakan dengan bahasa. Kami tetap dapat melaksanakan tugas dan bergaul dengan baik. Dan dengan perlahan aku cuba mempelajari bahasa mereka iaitu bahasa Minang. Meskipun aku tahu menggunakan komputer itu hanyalah cuma asas sahaja. Di MI aku diajarkan menggunakan program komputer dengan terperinci. Dan di MI ini juga aku diajar untuk membuat program menggunakan komputer. Pensyarah @ dosen di UPI ini mengajar dengan penuh sabar bagi memenuhi kekurangan para mahasiswa didikannya.

Aku berharap aku dan teman-teman yang lain dapat menamatkan pelajaran kami dengan cemerlang di atas bimbingan dosen di UPI.

No comments:

Post a Comment